Sebab Kamera slr/dslr Dicipta Melintang
Sebab Kamera slr/dslr di cipta melintang
1. sebabnya kamera slr di cipta melintang berdasarkan mata manusia melintang. Manusia tidak bermata di atas satu di bawah satu. mata manusia kiri satu dan kanan satu
2. kebanyakan gambar melintang. gambar menegak peratusannya kurang dari yang menegak
3. Kebanyakkan benda tidak empat persegi tepat. yang lonjong (rectangle) lebih banyak
4. ukuran yang sesuai untuk kamera slr 35mm itu, diukur garis pepanjangnya melintang untuk di sesuaikan ukuran lensa 50 mm standard
5. bila kamera slr di lintangkan, sesuai dengan paras mata. Bila kamera di paras mata, mudah juru foto mengikuti apa saja peristiwa yang berlaku
6. Bila orang menyebut bidang luas (wide angle), ktia terbayang maksud luas, ialah melintang. kalau kamera slr menggunakan lensa bidang luas mengambil gambar menegak, orang menyebut nya meninggi. Seluas mata memandang tidak sama dengan saujana mata memandang
7. Kamera kamera slr yang di pamerkan di kedai kedai menjual kamera semua nya terletak melintang
8. tidak banyak kemera berformatkan tepat empat segi kecuali
-mamiya lensa kembar (TLR C330 and adiknya c220)
-yashica G 124 (TLR)
- Semua camera Hasselbald
Setelah anda halakan kamera anda kepada sebarang objek, fokus dulu sehingga jelas
1. tentukan keadaaan rakaman yang hendak dibuat terhadap object itu menegak atau melintang. object yang seharusnya anda ambil menegak tidak guna di ambik melintang.
2. Tentukan setiap inchi film yang yang berada dalam kamera anda itu di gunakan sepenuhnya.Tidak guna meletakan objek di tepi foto sedangkan lain lain objek tidak, tinggal kosong saja, ini bermakna anda membazirkan film atau negetif
Semasa mefokus dan menyusun objek objek yang hendak anda gambarkan, jangan perhatikan objek utama sahaja. Perhatikan juga suasana keliling terutama latar belakangnya. fikirkan semaada objek objek lain di belakang itu boleh mencantikkan atau memburukkan sesuatu pandangan.
3. Kompos atau susun objek objek yang hendak kita ambil gambarnya itu. Dalam hal penyusunan in terbahagi kepada dua
satu meyususun objek yang boleh digerakan seperti cawan, jam, gelas, botol. Anda harus kreative menyusunnya. susunlah hingga menarik
bagi objek objek yang tidak boleh di gerakan, anda harus bergerak kekiri atau kanan, atas atau bawah — dalam sebutan harian hal ini di panggil mencari sudut yang baik.
Sebagai contohnya, rumah kampong kalau boleh masukkan beberapa orang kanak kanak sedang bermain, asap orang membakar sampah, ada basikal, jala terjemur, orang tua sedang menyapu atau mengopek kelapa atau menyirat jala
4. Latar belakang dan depan hendaklah sesuai terutamanya gambar warna, kerana warna itu sendiri sudah merumitkan untuk mencari penyesuaian. Malah kalau silap gaya, latar belakang boleh merosakkan gambar.
Sebagai contoh, orang yang bersandar pada tiang, akan kelihatan sebagai pokok tumbuh atas kepala bila sudah jadi gambar lebih lebih lagi kalau gambar itu di ambil menggunakan lampu pancar dalam dan cahaya pancar lansung tidak lanton.
5. Cahaya juga ada lah satu hal yang paling penting, kerana melalui cahaya ini lah timbulnya seni fotografi. pelajaran hal hal cahaya ini memakan masa lebih dari setahun.
6. Mesej atau cerita foto adalah tugas utama anda ketika mengambil gambar. menceritakan suasana sibuk, mereka berkerja keras atau teruk, wanita itu jelita, jambatan itu merbahaya, kasihan melihat kanak kanak itu, wanginya bunga dsb.




