Posts tagged: blog

At Last…Siap Jugak Blog DIY

By kamal, August 28, 2009 12:45 am

Salam,

Akhirnya siap juga Blog yang biasa-biasa nie hasil daripada Panduan Asas Membina Blog WordPress. Penerangan yang diberikan memang mudah nak faham siap dengan screenshot sekali. Kalau tak faham jugak masih ada lagi teknik yang lagi mudah…nak tahu apa….biasalah dengan menggunakan kaedah pandang dengar…faham..dan praktik…video laaaa.

Sebelum ni memang aku dah ada blog, tapi yang FREE…hee..hee..ok la pada yang baru nak kenal dengan blog. Bila dah ada domain name sendiri barulah teringin  nak belajar buat blog guna Wordpress. Mula2 tu pening gak kepala bila nak install kemudian nak upgrade version yang baru, alhamdulillah dengan adannya panduan asas ini semua kerja jadi teratur. Buat blog ni pun ada pelan tindakan, kena ikut step by step…ni dah macam kerja aku kat ofis pulak…semua nya kena ada prosedur…MS ISO….hee..heee

Sebenarnya aku saja nak kongsikan pengalaman buat blog sendiri guna wordpress ini…mungkin ada yang mengatakan susah lah nak buat blog, aku tak tahu apa2 pun…memanglah  susah kalau tak ada panduan atau pun sifu yang boleh memberikan tunjuk ajar.  Anyway thanks to sifu Mohd Zulfadli (www.SmartUsaha.com) kerana menyediakan Panduan Asas WordPress.
Oklaa…aku stop kat sini dulu…bersambung…..!!!!


Share/Save/Bookmark

Panorama Theme by Themocracy