Category: Fotografi

Pengalaman bersama jurufoto perkahwinan…

By kamal, October 27, 2009 4:17 pm

Salam kepada semua yang membaca blog kamalclicks…lama jugak tak update blog ni…hee..hee…hee….bukannya malas tapi tak berkesempatan. Tak lama lagi dua tiga musim akan tiba…musim cuti sekolah, musim haji, musim tengkujuh, musim kenduri kahwin dan akhir sekali musim kanak2 berkhatan…. Continue reading 'Pengalaman bersama jurufoto perkahwinan…'»

Share/Save/Bookmark

Mengenai Lensa(Lens)

By kamal, September 18, 2009 8:55 am

LENSA
————-
Standard lens

50mm. diukur dari jarak filem dengan kaca kanta yang di belakang sekali, ketika lens difokus sejauh mata memandang. ukuran ini dipanggil lens biasa, lensa standard atau master lensa, sebabnya ukuran ini sama dengan pandangan mata manusia.

Bidang luas(Wide Lens)

untuk memudahkan jurufoto menjalankan tugas di tempat sempit

bermula dari 35mm, 28mm dan 24mm — lebih luas dari itu dipanggil super wide.

bermula dari 20mm, 17mm,15mm — ketiga tiga di panggil ultra wide angle. lebih luas dari pandangan itu di pangggil lensa mata ikan(fisheye).

————————-

bidang fotojauh (telephoto)
bermula dari ukurang 85 mm, 105 mm dan 135 mm. ketiga tiga di panggil standard telephoto.

Ada telephoto ukuran 200mm, 300mm, 800mm, 1000mm dan 1600mm

lensa luru (zoom)

lensa luru yang biasa terdapat di pasaran

zoom 28-70mm
35- 105mm
35-135mm
70–210mm
28-135mm
50-135mm
80-100mm
ada jugak jenama yang mengeluarkan ukuran yang berbeza-beza

Share/Save/Bookmark

Fotografi Tips (Mode Kamera)

By kamal, September 17, 2009 11:41 am

MODE KAMERA

Mode bermakna cara kamera menjalankan fungsinya. Kamera DSLR menyediakan berbagai mode terutamanya yang berfungsi dengan kuasa elektronik.

a.  (M) manual. Terpaksa di ubahsuai bukaan apature/ kelajuan shutter, setiapkali mengambil gambar

b. (S) Shutter priority.  Bertanda ‘S’  pada gelang apature. Bererti kalau kamera disetting pada S. Kelajuan shutter akan di cari sendiri oleh shutter. Camera yang berfungsi sepenuhnya dengan kuasa eletronik bertanda ‘Tv’

c. Apature priority.  Tanda ‘A’ pada dail shutter. Bila kita setkan ke A, lensa akan mencari sendiri bukaan aperturenya. Kamera yang berfungsi sepenuhnya dengan kuasa elektronik di beri tanda Av

d. Program.  Bertanda P pada dail shutter. Bila kita setkan ke P, Shutter dan Apature akan mencari bukaan dan kelajuannya. Berdasarkan keadaan chahaya ketika pengambaran di ambil. Anda tidak perlu pening kepala nak fikirkan bagaimana nak setting shutter dan apature.

e. ‘ AE”     lock.  Gunanya untuk mengukur cahaya objek yang membelakangkan cahaya terang. Kalau object itu orang, wajahnya akan jadi gelap. Tekan butang AE, pergi rapat  dengannya, meter cahaya akan mengukur wajah yang gelap itu. Kekalkan tekanan AE. Lock tadi….

f.Tanda tolak dan campur( -, +) .   menambah cahaya 1 hingg 3 EV putar jarum dail nya.  Cahaya terpaksa di tambah atau di kurangkan apabila kita sudah tidak terdaya lagi menggunakan mode yang ada pada kamera kita.

Share/Save/Bookmark

Sebab Kamera slr/dslr Dicipta Melintang

By kamal, September 4, 2009 4:22 pm

Sebab Kamera slr/dslr di cipta melintang

1. sebabnya kamera slr di cipta melintang berdasarkan mata manusia melintang. Manusia tidak bermata di atas satu di bawah satu. mata manusia kiri satu dan kanan satu

2. kebanyakan gambar melintang. gambar menegak peratusannya kurang dari yang menegak

3. Kebanyakkan benda tidak empat persegi tepat. yang lonjong (rectangle) lebih banyak

4. ukuran yang sesuai untuk kamera slr 35mm itu, diukur garis pepanjangnya melintang untuk di sesuaikan ukuran lensa 50 mm standard

5. bila kamera slr di lintangkan, sesuai dengan paras mata. Bila kamera di paras mata, mudah juru foto mengikuti apa saja peristiwa yang berlaku

6. Bila orang menyebut bidang luas (wide angle), ktia terbayang maksud luas, ialah melintang. kalau kamera slr menggunakan lensa bidang luas mengambil gambar menegak, orang menyebut nya meninggi. Seluas mata memandang tidak sama dengan saujana mata memandang

7. Kamera kamera slr yang di pamerkan di kedai kedai menjual kamera semua nya terletak melintang

8. tidak banyak kemera berformatkan tepat empat segi kecuali
-mamiya lensa kembar (TLR C330 and adiknya c220)
-yashica G 124 (TLR)
- Semua camera Hasselbald

Setelah anda halakan kamera anda kepada sebarang objek, fokus dulu sehingga jelas

1. tentukan keadaaan rakaman yang hendak dibuat terhadap object itu menegak atau melintang. object yang seharusnya anda ambil menegak tidak guna di ambik melintang.
2. Tentukan setiap inchi film yang yang berada dalam kamera anda itu di gunakan sepenuhnya.Tidak guna meletakan objek di tepi foto sedangkan lain lain objek tidak, tinggal kosong saja, ini bermakna anda membazirkan film atau negetif
Semasa mefokus dan menyusun objek objek yang hendak anda gambarkan, jangan perhatikan objek utama sahaja. Perhatikan juga suasana keliling terutama latar belakangnya. fikirkan semaada objek objek lain di belakang itu boleh mencantikkan atau memburukkan sesuatu pandangan.
3. Kompos atau susun objek objek yang hendak kita ambil gambarnya itu. Dalam hal penyusunan in terbahagi kepada dua
satu meyususun objek yang boleh digerakan seperti cawan, jam, gelas, botol. Anda harus kreative menyusunnya. susunlah hingga menarik
bagi objek objek yang tidak boleh di gerakan, anda harus bergerak kekiri atau kanan, atas atau bawah — dalam sebutan harian hal ini di panggil mencari sudut yang baik.
Sebagai contohnya, rumah kampong kalau boleh masukkan beberapa orang kanak kanak sedang bermain, asap orang membakar sampah, ada basikal, jala terjemur, orang tua sedang menyapu atau mengopek kelapa atau menyirat jala
4. Latar belakang dan depan hendaklah sesuai terutamanya gambar warna, kerana warna itu sendiri sudah merumitkan untuk mencari penyesuaian. Malah kalau silap gaya, latar belakang boleh merosakkan gambar.
Sebagai contoh, orang yang bersandar pada tiang, akan kelihatan sebagai pokok tumbuh atas kepala bila sudah jadi gambar lebih lebih lagi kalau gambar itu di ambil menggunakan lampu pancar dalam dan cahaya pancar lansung tidak lanton.
5. Cahaya juga ada lah satu hal yang paling penting, kerana melalui cahaya ini lah timbulnya seni fotografi. pelajaran hal hal cahaya ini memakan masa lebih dari setahun.
6. Mesej atau cerita foto adalah tugas utama anda ketika mengambil gambar. menceritakan suasana sibuk, mereka berkerja keras atau teruk, wanita itu jelita, jambatan itu merbahaya, kasihan melihat kanak kanak itu, wanginya bunga dsb.

 

Share/Save/Bookmark

Asas Fotografi

By kamal, September 1, 2009 4:10 pm

Fotografi adalah media bisu yang boleh bercakap walau pun di persembahan pada sekeping kertas. Kesukaran bercerita ini berlaku kerana peristiwa yang kita saksikan terpaksa diterjemahkan menjadi foto melealui beberapa proses

- lensa boleh mengubah persfektif . meja bersegi empat boleh menjadi lunjung

- cahaya, kimia dan kaca kanta lensa boleh merubah warna

- komposisi/sudut pengambaran boleh memesungkan cerita sebenarnya. contohnya jika anda berdiri di jalan parlimen memandang ka jalan tun perak, anda akan nampak bangunan bank bumputera seperti berkembar dengan bangunan bank UAB, pada hal jaraknya jauh
Gambar ahli sukan lompat jauh, kalau jurufoto mengambil gambar sambil berbaring- pelompat itu akan kelihatan seperti lebih tinggi dari stadium..

- gambar panas terik tengahari, di ambil dengan filter biru akan kelihatan seperti malam. Filter oren nampak macam senja.
orang berdiri, diambil gambarnya dengan kamera menungging, orang itu akan jadi pendek dalam gambar. Kalau dongakkan kamera dari bawah, orang itu akan kelihatan tinggi … ciri yang perlu ada pada setiap juru foto

- minat
- bakat
- kriatif
- inisiatif
- berkelulusan akedemic
- pengalaman
- perasaan seni
- suka memerhati
- banyak pengetahuan
- sentiasa suka belajar
- berdisplin

Share/Save/Bookmark

Panorama Theme by Themocracy