Pengalaman bersama jurufoto perkahwinan…

By kamal, October 27, 2009 4:17 pm

Salam kepada semua yang membaca blog kamalclicks…lama jugak tak update blog ni…hee..hee…hee….bukannya malas tapi tak berkesempatan. Tak lama lagi dua tiga musim akan tiba…musim cuti sekolah, musim haji, musim tengkujuh, musim kenduri kahwin dan akhir sekali musim kanak2 berkhatan….

Cerita tentang musim perkahwinan, jurufoto tentu menjadi target utama untuk merakamkan wajah-wajah ceria pengantin. Bagaimana agaknya ye kalau semua jurufoto perkahwinan ni mogok….siapalah nak shoot gambar diorang duduk atas pelamin…hee…heee…salah satu alternatif  ialah cari videographer….tapi bila dah selesai bila orang tanya mana gambar kahwin, nak jawab cam mana….???

Pengalaman bersama Yatt, Spadelens, aemkay,Mat Kilau memang best…sebagai jurufoto,komitmen yang mereka berikan kepada pengantin semasa shooting sangat berbaloi-baloi…pengantin yang berikan kerjasama yang baik dengan mereka pasti tidak akan kecewa dengan hasil kerja mereka. Suasana dan mood pengantin memainkan peranan penting untuk menghasilkan gambar yang berkualiti dan menarik. Kalau pengantin serius dan susah nak komunikasi tentu gambar jadi kurang menarik.

Kepada bakal-bakal pengantin yang dah tempah jurufoto, berikanlah kerjasama yang sebaik mungkin kerana mereka akan merakamkan wajah ceria anda untuk di jadikan kenangan sampai bila-bila..so kita jumpa lagi nanti….!!!

Share/Save/Bookmark

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy