Mengenai Lensa(Lens)

By kamal, September 18, 2009 8:55 am

LENSA
————-
Standard lens

50mm. diukur dari jarak filem dengan kaca kanta yang di belakang sekali, ketika lens difokus sejauh mata memandang. ukuran ini dipanggil lens biasa, lensa standard atau master lensa, sebabnya ukuran ini sama dengan pandangan mata manusia.

Bidang luas(Wide Lens)

untuk memudahkan jurufoto menjalankan tugas di tempat sempit

bermula dari 35mm, 28mm dan 24mm — lebih luas dari itu dipanggil super wide.

bermula dari 20mm, 17mm,15mm — ketiga tiga di panggil ultra wide angle. lebih luas dari pandangan itu di pangggil lensa mata ikan(fisheye).

————————-

bidang fotojauh (telephoto)
bermula dari ukurang 85 mm, 105 mm dan 135 mm. ketiga tiga di panggil standard telephoto.

Ada telephoto ukuran 200mm, 300mm, 800mm, 1000mm dan 1600mm

lensa luru (zoom)

lensa luru yang biasa terdapat di pasaran

zoom 28-70mm
35- 105mm
35-135mm
70–210mm
28-135mm
50-135mm
80-100mm
ada jugak jenama yang mengeluarkan ukuran yang berbeza-beza

Share/Save/Bookmark

By kamal, September 18, 2009 8:40 am

xnmi6u79eb

Share/Save/Bookmark

Fotografi Tips (Mode Kamera)

By kamal, September 17, 2009 11:41 am

MODE KAMERA

Mode bermakna cara kamera menjalankan fungsinya. Kamera DSLR menyediakan berbagai mode terutamanya yang berfungsi dengan kuasa elektronik.

a.  (M) manual. Terpaksa di ubahsuai bukaan apature/ kelajuan shutter, setiapkali mengambil gambar

b. (S) Shutter priority.  Bertanda ‘S’  pada gelang apature. Bererti kalau kamera disetting pada S. Kelajuan shutter akan di cari sendiri oleh shutter. Camera yang berfungsi sepenuhnya dengan kuasa eletronik bertanda ‘Tv’

c. Apature priority.  Tanda ‘A’ pada dail shutter. Bila kita setkan ke A, lensa akan mencari sendiri bukaan aperturenya. Kamera yang berfungsi sepenuhnya dengan kuasa elektronik di beri tanda Av

d. Program.  Bertanda P pada dail shutter. Bila kita setkan ke P, Shutter dan Apature akan mencari bukaan dan kelajuannya. Berdasarkan keadaan chahaya ketika pengambaran di ambil. Anda tidak perlu pening kepala nak fikirkan bagaimana nak setting shutter dan apature.

e. ‘ AE”     lock.  Gunanya untuk mengukur cahaya objek yang membelakangkan cahaya terang. Kalau object itu orang, wajahnya akan jadi gelap. Tekan butang AE, pergi rapat  dengannya, meter cahaya akan mengukur wajah yang gelap itu. Kekalkan tekanan AE. Lock tadi….

f.Tanda tolak dan campur( -, +) .   menambah cahaya 1 hingg 3 EV putar jarum dail nya.  Cahaya terpaksa di tambah atau di kurangkan apabila kita sudah tidak terdaya lagi menggunakan mode yang ada pada kamera kita.

Share/Save/Bookmark

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan Berbanding Pelaburan ASB?

By kamal, September 16, 2009 3:04 pm

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan. Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya? Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB? Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS.

Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya. Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI. Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya! [ KLIK SINI ] Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda. Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di bawah. [ KLIK SINI]

Share/Save/Bookmark

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

By kamal, September 14, 2009 9:18 am

Sempena menyambut 1 Syawal, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitiri kepada semua yang mengenali saya dan kepada mereka yang membaca blog kamalclick.com.

Dalam kita menyambut kemeriahan aidil fitri, janganlah pula kita lupa mensyukuri nikmat yang allah kurniakan. Hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan walaupun hanya sedikit kerana tangan  yang memberi lebih baik dari menerima,so..renung-renungkan bersama.

Kepada yang balik kampong merayakan hari raya, berhati-hatilah semasa memandu dan ingatla orang yang tersayang. Rancang perjalanan anda, semoga selamat pergi dan balik.

Oklah…kita pun nak beraya jugak ….hee…hee…bermaaf-maafan lah kita sesama insan seandainya terdapat salah dan silap dihari mulia ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI – MAAF ZAHIR BATIN

Share/Save/Bookmark

Panorama Theme by Themocracy